SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BERANGAN
16200 TUMPAT,
KELANTAN.
Tel: 09-7182166
Ruj. Tuan :
Kepada,
Ruj.
Kami :
Tarikh
: 05 Januari 2005
Semua Pelajar
SMK Berangan.
PERATURAN
PINJAMAN BUKU SPBT
Adalah dengan
hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar yang telah
memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Biro
SPBT Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
dipertimbangkan bagi pemberian buku teks.
2.
Walaubagaimanapun, pemberian buku teks ini
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i)
Menulis nama di ruang yang disediakan pada
setiap buku.
(ii)
Membalut buku dengan pembalut plastik
(iii)
Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat
dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau
cuti persekolahan.
(iv)
Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran
berkenaan dijalankan .
(v)
Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
(vi)
Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan
baik dan selamat.
(vii)
Mengganti balik buku-buku yang hilang.
(viii)
Menghantar buku tepat pada tarikh yang
ditetapkan.
(ix)
Lain-lain yang ditetapkan kemudian.
3.
Dimaklumkan juga bahawa mana-mana pelajar yang
tidak membalut buku teks dan
meninggalkan buku teks mereka di
dalam meja/ laci, pihak sekolah berhak untuk
merampas
dan
mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan
diambil tindakan seperti berikut.
(i)
Pelajar diberi amaran.
(ii)
Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 (
Satu Ringgit sahaja ) untuk setiap buku teks
yang dirampas.
(iii)
Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku
tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar
dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang
dirampas.
4..
Peraturan ini berkuatkuasa pada 04 Januari 2005.
Sekian, terima
kasih.
“ BERSAMA
MEMARTABATKAN BUKU ”
Saya yang
menurut perintah,
………………………………
( HJ. SAHIFUL
BAHARI BIN ABD. RAHMAN )
Pengetua,
SMK Berangan,
16200 Tumpat,
Kelantan.
PENGAKUAN
IBUBAPA/ PENJAGA
Tuan Pengetua,
SMK Berangan.
Tuan,
AKU JANJI
UNTUK MENJAGA BUKU SPBT SEKOLAH DENGAN BAIK
Saya
…………………………………………………………....No. KP: …………………………….
Alamat
…………………………………………………………………………………………………
Ibubapa/ penjaga
kepada …………………………………………… dari tingkatan …………………
dengan ini
mengaku jika anak/anak jagaan saya melanggar
peraturan di atas maka saya bersedia
menerima
sebarang tindakan yang dikenakan oleh pihak
sekolah terhadap anak/ jagaan saya termasuk
tidak lagi
memberi kemudahan pinjaman buku teks kepada anak/
anak jagaan saya tanpa sebarang
bantahan atau
tindakan . Jika berlaku sebarang kerosakan atau
kehilangan buku-buku tersebut, saya
berjanji akan
bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengganti/
membayar mengikut harga buku
tersebut.
Saya yang benar,
………………………………
……………………………………
( Tandatangan
Ibubapa/Penjaga
)
( Tandatangan Saksi )
Nama
:……………………………………….. Nama
:……………………………………..
No.KP:……………………………………….
No.KP:…………………………………….
Ruj.
Tuan :
Kepada,
Ruj. Kami :
Ibubapa/ Penjaga
Tarikh
:
Pelajar SMK
Berangan.
Tuan/Puan,
PEMBELIAN
BUKU TEKS BAGI MURID YANG TIDAK LAYAK
Dengan hormatnya
perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dengan
ini dimaklumkan bahawa anak tuan/ puan
..…………………………………….. dari
tingkatan
………………………….tidak layak menerima Skim Pinjaman
Buku Teks 20……..
3.
Sehubungan dengan itu, tuan/ puan adalah
dikehendaki membeli sendiri keperluan buku
teks bagi
……………………… sebagaimana senarai yang dilampirkan.
4.
Kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan
terima kasih. Semoga pengajaran dan pembelajaran
anak tuan/ puan akan berjalan lancar.
Sekian, terima
kasih.
“ BERSAMA
MEMARTABATKAN BUKU ”
Saya yang
menurut perintah,
………………………………
( HJ. SAHIFUL
BAHARI BIN ABD. RAHMAN )
Pengetua,
SMK Berangan,
16200 Tumpat,
Kelantan.
|