|
1.
Penyelaras SPBT
memberitahu pihak SPBT seperti biasa akan
mengadakan beberapa aktiviti pada tahun
ini. Aktiviti ini diharapkan akan terus
mendapat sokongan daripada pihak sekolah,
guru-guru serta pelajar.
2.
Aktiviti tahun
lepas akan tetap dijalankan memandangkan
ia merupakan aktiviti tetap SPBT seperti
‘Spot Check’ buku, Perlantikan Pengawas
Baru, memproses buku dan sebagainya.-
rujuk takwim yang diedarkan.
3.
Penyelaras SPBT
menjelaskan pada awal dan akhir tahun
peranan guru tingkatan amat penting di
dalam proses pengagihan dan pemulangan
buku teks. Semua guru tingkatan diingatkan
agar sewaktu agihan buku teks kepada
pelajar, pastikan pelajar telah
menandatangani borang SPBTG.
4.
Penyelaras
minta kerjasama semua guru tingkatan agar
mengisi borang SPBTG dengan lengkap dan
kemas. Pastikan bilangan buku di tangan
pelajar adalah sama seperti di dalam
borang SPBTG .
5.
Borang
Kelayakan pelajar untuk tingkatan 1 untuk
sesi persekolahan 2007 perlu dipungut oleh
guru tingkatan secepat yang mungkin. Ini
untuk memudahkan proses pemprosesan
dilakukan. Diharap semua guru tingkatan
akan mengambil tindakan yang sewajarnya
selepas ini.
|